azle - you can make a difference
Male
Malaysia

A blog specially for the rowdiest group in DPA 1/2007, Sidang C a.k.a Sidang Cayalah!

Rowdy Sidang C Fotopages

   

<< November 2008 >>
Sun Mon Tue Wed Thu Fri Sat
 01
02 03 04 05 06 07 08
09 10 11 12 13 14 15
16 17 18 19 20 21 22
23 24 25 26 27 28 29
30

1. Rowdiens, register to our Yahoogroups at this link. Pictures, information and files can be shared via this group.

2. For those yang dah authorized to be an author for this blog, log in at this link to start writing some rowdy entries!

Any queries abt the Blog, the Yahoogroups or Fotopages can contact these 2 rowdies..just leave your message...

Yahoo Messenger :

Nazim

Imran


If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



 
Friday, November 28, 2008
Karangan Budak Sekolah

Pagi itu pagi minggu. Cuaca cukup sejuk sehingga mencapai takat suhu beku.
Sebab itu saya tidak mandi pagi sebab air kolah jadi air batu dan air paip tidak mahu keluar sebab beku di dalam batang paip.
Syabas pun belum ada teknologi untuk masalah ini.

Pagi itu saya bersarapan dengan keluarga di dalam unggun api kerana tidak tahan sejuk.
Selepas itu emak saya mengajak saya menemaninya ke pasar.
Tetapi saya tidak mahu. Selepas emak menikam perut saya berkali-kali dengan garfu barulah saya bersetuju untuk mengikutnya.
Kami berjalan sejauh 120 kilometer kerana pasar itu letaknya 128 kilometer dari rumah.
Lagi 8 kilometer nak sampai pasar saya ternampak sebuah lori kontena meluru dengan laju dari arah belakang.
Dia melanggar emak saya.

Emak saya tercampak ke dalam gaung. Dia menjerit “Adoi!”.
Lepas itu emak saya naik semula dan mengejar lori tersebut.
Saya pun turut berlari di belakang emak saya kerana takut emak saya melanggar lori itu pula.
Pemandu lori itu nampak kami mengejarnya. Dia pun memecut lebih laju iaitu sama dengan kelajuan cahaya.
Kami pula terpaksa mengejar dengan lebih laju iaitu sama dengan dua kali ganda kelajuan cahaya.
Emak saya dapat menerajang tayar depan lori itu.
Lori itu terbabas dan melanggar pembahagi jalan lalu bertembung dengan sebuah feri.

Feri itu terbelah dua. Penumpang feri itu yang seramai 100 orang semuanya mati. Pemandu feri itu sangat marah.
Diapun bertukar menjadi Ultraman dan memfire pemandu lori.
Pemandu lori menekan butang khas di dalam lori dia..lori itu bertukar menjadi robot Transformer.
Mereka bergaduh di udara. Emak saya tidak puashati.
Dia pun terus menyewa sebuah helikopter di Genting Highlands dan terus ke tempat kemalangan.
Dia melanggar pemandu feri yang telah bertukar menjadi Ultraman itu.
Pemandu feri itu terkejut dan terus bertukar menjadi pemandu feri semula lalu terhempas ke jalanraya.
Pemandu feri itu pecah. Pemandu lori sangat takut melihat kejadian itu.

Dia meminta maaf dari emak saya. Dia menghulurkan tangan ingin bersalam. Tetapi emak saya masih marah.
Dia menyendengkan helikopternya dan mengerat tangan pemandu lori itu dengan kipas helikopter.
Pemandu lori itu menjerit “Adoi..!” dan jatuh ke bumi.
Emak saya menghantar helikopter itu ke Genting Highlands.
Bila dia balik ke tempat kejadian, dia terus memukul pemandu lori itu dengan beg tangannya
sambil memarahi pemandu lori itu di dalam bahasa Inggeris.
Pemandu lori itu tidak dapat menjawab sebab emak saya cakap orang putih. Lalu pemandu lori itu mati.
Tidak lama kemudian kereta polis pun sampai. Dia membuat lapuran ke ibu pejabatnya tentang kemalangan ngeri itu.

Semua anggota polis di pejabat polis itu terperanjat lalu mati. Orang ramai mengerumuni tempat kejadian
kerana ingin mengetahui apa yang telah terjadi.
Polis yang bertugas cuba menyuraikan orang ramai lalu dia menjerit menggunakan pembesar suara.
Orang ramai terperanjat dan semuanya mati.

Selepas itu emak saya mengajak saya ke pasar untuk mengelak lebih ramai lagi yang akan mati.
Di pasar, emak saya menceritakan kejadian itu kepada penjual daging.
Penjual daging dan peniaga-peniaga berhampiran yang mendengar cerita itu semuanya terkejut dan mati.
Saya dan emak saya terus berlari balik ke rumah. Kerana terlalu penat sebaik saja sampai di rumah kami pun mati.

Posted at 05:03 pm by rowdiest of all

rowdiest of all
December 3, 2008   02:54 PM PST
 
budak tu idop laei. Ado kek SK Jalan Tok Kulop tu ha. Dio buek karangan ni utk jawab soklan exam akhir tahun eh..
dilla
December 3, 2008   11:51 AM PST
 
heheh, habis siapa yag cerita ni?? hihi..;)
 

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments




Previous Entry Home Next Entry